RINDU

Semalaman ku x terlena,, trus mnerus mgingati dirimu. Jauh kau disana, lama juga kita x ktemu...
 Apa khabar kau sekarang? sihat, ingat x lagi kau padaku. Makin menebal rasa rindu ni,,, bila kan ketemu..ingin sangat ku mndengar suara mu, melihat senyum, menatap lirik matamu. Teringatku pada memori zaman sekolah dulu.. waktu pertama kali kita bersua muka,, walaupun kiranya usia kita masih belum matang namun, fikiran bisa mentafsir getaran dihati. Kau mahupun aku sama-sama menyembunyikan perasaan itu, namun mata sentiasa berbicara...halus perasaan itu menerjah kehati..bibir mengungkap kata lain..hati berbisik bicaranya tersendiri. Lirik mataku sering menjadi perhatianmu, kau menatapnya dengan penuh makna,, aku rindu kan itu..ku rindukan bicaramu yang senantiasa mengusik hatiku. Ku rindu padamu yang sentiasa ada mengisi kekosongan dihati ini, entah mengapa seolah-olah tiada yang mampu menggantikan perasaanku kepadamu. Tiada yang bisa membuatku lebih bahagia selain dirimu. Kau kenal diriku dan fahami diriku dengan caramu sendiri dan itu yang membuat ku kagum padamu. Kau tidak seperti yang lain, tiada kata putus yang kita perlukan tuk menyemai perasaan ini hanya hati yang memutuskan. Selalu ku doakan agar kau akan memilih jalan yang benar dalam hidup ini.
Ya, aku punya impian untuk bersama dunia dan akhirat andai ada jodoh kita. Namun hanya itu menjadi penghalangnya, mampukah kau meruntuhkan tembok itu? seterusnya memilih jalan yang terbaik untuk dirimu. Ku doakan agar terbuka pintu hidayah untuk mu,,agar kau bisa menjadi sebahagian daripada keluarga mulia ini.. bukalah hatimu untuk menerimanya..jangan pernah biarkan rasa takut atau menyesal itu menguasai hatimu. ketahuilah engkau bahawa aku akan terus menyokong mu, membimbingmu. Ya, aku akan setia menjadi tulang belakang, bayang-bayang, serta menjadi air matamu..andai ada jodoh kita.
Maaf,,tidak mampuku menjanji kan setiaku padamu sekarang, tidak layakku untuk menyayangimu, dan memberikan cintaku padamu. Hanya ku mampu mendoakan kau sihat, bahagia dan tenang selalu.

DARIKU SAHABAT YANG MERINDUIMU.


Nurul Shakila

Comments

Popular posts from this blog

Nelydia Senrose/ Amar Asyraf SETIA HUJUNG NYAWA

NERAKA JAHANNAM